Bertajuk : Hanya Islam yang dapat angkat martabat Melayu – Presiden PAS.
“ Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.” Memang betul.
Mana mana bangsa sekalipun jika hendak berjaya di akhirat, perlu berpegang teguh kepada ajaran Islam. Lagi lagi yang bercakap atas nama Presiden Parti Islam SeMalaysia bernama Abdul Hadi ini.
Namun Islam yang dikehendaki beliau agak diragukan kita semua. Kerana ada beberapa perkara yang ‘ sumbang’ bunyinya…
Baca kenyataan berikut ; “PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. “
Wah ! apa pembelengguan tu? Baru sahaja bercakap perlu berpegang dengan ajaran Islam tapi mengutuk orang hingga mengfitnah UMNO kerana menyebabkan Islam terbelenggu dan menimbulkan masalah kepada orang Melayu.
Apakah UMNO membelenggu Islam hingga Islam tidak berkembang sekarang ? atau PAS sebenarnya yang membelenggu Islam melalui politik kebencian mereka ? Atau syaitan mana yang dibelenggu di bawah pemerintahan 50 tahun UMNO sebenarnya?
Syaitan suka membelitkan suasana dan memperindahkannya walaupun ia buruk disisi Allah Taala. ..Seperti menyuruh berbuat ibadat tetapi niat kerana manusia , bukan Allah Taala ….Seperti solat dengan niat mahu disaksikan orang ramai. Bercakap dengan riya hingga menakjubkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Menghina dan menfitnah saudara Islam dengan ayat ayat AL QURAN / HADIS dan sebagainya lagi.
Atau memburukkan sesuatu yang sangat disukai Allah Taala seperti mengatakan usaha menjenamakan atau mempromosi Islam dengan nama Islam Hadhari sebagai satu bida’ah dan menyeleweng dari agama, usaha perpaduan Melayu Islam sebagai agenda terdesak, pakatan BN berpakat membangunkan negara sebagai menyalahi nas syari’e, dan sebagainya.
Kenyataan di atas sangat bahaya kerana ia seakan akan menyamakan UMNO dengan Penjajah British yang bukan Islam. Jika benar Islam dibelenggu oleh UMNO,rasanya kita tidak akan dapat menunaikan Rukun Islam yang lima.Rasanya saya yang menulis ini sendiri tidak akan dapat menjalankan kewajipan saya sebagai muslim seperti menunaikan solat, mengeluarkan zakat, haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Adakah saudara dihalang juga??? Adakah tidak ada solat berjemaah, kuliah agama, tahlil, sambutan hari kebesaran Islam, atau urusan haji atau solat jumaat di tempat anda ? Justeru, UMNO membelenggu Islam atau PAS membelenggunya dengan mengkafirkan sesiapa sahaja dari parti lawan mereka???
Kita memang mengetahu Hj Hadi antara mereka yang telah mengeluarkan fatwa Kafir kepada UMNO dan kita masih ingat kata kata beliau semasa mengeluarkan fatwa tersebut. Akibatnya ramai telah menjadi ‘murtad’ dengan tidak sedar kerana memurtadkan UMNO hingga dosanya kini semakin bertambah setiap hari..Kerana taksub dengan fatwa politik agama tok guru sanjungan mereka.
Kesian dengan mereka mereka yang masih mengamalkan ‘wirid kafirkan orang UMNO’ hingga tak sanggup berwalikan nikah imam UMNO, solat belakang imam UMNO, sembelihan orang UMNO, dan apa sahaja dari UMNO.
Patutlah Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa akhir zaman iman akan keluar seperti panah keluar dari busur, pagi beriman , petang tidak beriman, mungkin termasuk maksud hadis mulia tersebut ialah perbuatan membunuh ‘ iman’ sendiri ala HARAKIRI dengan mengkafirkan orang lain hingga terkeluar dari agama dengan cepat seperti anak panah.
Yang lagi dikhuatiri ‘kemurtadannya’ ialah yang mengeluarkan fatwa Kafir di atas. Dan jika sudah murtad tarafnya lebih kurang sama dengan DAP atau ahli PKR yang beragama Hindu Buddha Kristian dan lain lain agama atau lebih teruk dari yang tidak beragama.
Jika iman menyatukan hati antara mukminin tentu kekufuran juga akan menyatukan sesama yang memilikinya. Walaupun luarannya nampak sama seakan akan orang Islam atau kuat pegangan Islamnya.
Justeru tidak pelik jika sesama agama tidak separti politiknya ; tidak ada peluk di antara mereka. Namun sesama anggota pakatan dari lain agama bangsa asal sama mazhab politik mereka, boleh salam dan siap berpelukan lagi ( baca : peluk mesra )
Kenapa di dalam Allah Taala menyebut di dalam Al Quran tentang sifat munafik permulaan surah kedua halaman kedua ? kerana mereka sangat ditakuti kejahatannya. Bahkan tingkatan mereka di dalam neraka di tingkat bawah skali seperti mana firman Allah Taala :
“ Sesungguhnya orang munafik itu berada di neraka paling dalam sekali” – Al Quran .
yakni di bawah lagi dari penyembah berhala.
Kenapa munafik lebih dalam dan bawah? Kerana mereka menyerupai orang beriman namun hati dan perbuatan mereka tidak sama dengan sifat orang beriman !
Mereka inilah yang menjadikan saudara seagama mereka sebagai sasaran KAFIR walaupun Nabi s.a.w bersabda : “ Barangsiapa mengkufurkan orang beriman maka dia KAFIR ! “
“Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu. “ kata Hj Hadi lagi.
“”Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka,” tegasnya.
Wah ! bahaya betul kata kata manusia digelar orang kampung dan bandar sebagai ulama ni. Hingga habis dituduh telah menduakan Allah Taala dengan parti UMNO ! Entahlah ulama dunia atau akhirat kita pun tidak pasti. Yang jelas, ulama dunia atau ulama jahat ni memang digelar Dajal sebelum dajal.
 Umno lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini, katanya lagi.
“Di antaranya ciri ilmu, dimana Umno lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah,” katanya tanpa menyebut statistik atau fakta kenyataan di atas..
Ingat, kenyataan ini penulis ambil dan terbaru antara berita di Harakahdaily yang menjadi medium utama PAS dan juga PKR serta DAP..Dia seakan akan berada di zaman lampau yang mana ketika itu masih belum ada sistem dipanggil J-QAF ( Jawi Al Quran Fardhu Ain ). Atau zaman tidak ada lagi surat khabar jawi.
Kita ingin tahu, jika benar Hj Hadi benar benar inginkan jawi, kenapa tidak laksanakan ke atas diri sendiri dengan menggunakannya di dalam Harakah Daily? Atau sekurang-kurang menjadikannya sebagai satu pilihan bagi pembaca samada dalam rumi atau jawi !
UMNO sudah laksanakannya di sekolah sekolah kepada anak anak kita termasuk anak penyokong PAS sendiri, bila lagi Hj Hadi akan menunjukkan komitmennya? UMNO juga melalui Utusan Malaysia sudah mengeluarkan surat khabar JAWI, PAS bila lagi ?
Malah Hj Hadi seolah olah tidak pernah mendengar program Kementerian Pelajaran di atas yang jelas menjadi usaha kerajaan bagi mengajar Jawi, Al Quran dan Fardhu Ain dengan menggajikan guru guru agama lepasan dari luar dan dalam negara ( termasuk ustaz PAS sendiri ) bagi membina sistem pendidikan yang sempurna untuk anak-anak kita. Bahkan kebajikan guru tersebut dibela dengan tangga gaji yang selesa dan setaraf dengan guru guru yang lain.
Tuduhan mengatakan masjid masjid dikawal oleh UMNO adalah kerana agenda politik mereka dihalang dari disampaikan di masjid masjid. Bagaimana kita semua setuju masjid dijadikan pusat perpecahan dengan membenarkan isu politik dimasukkan dalam ceramah agama?
Kerana masjid tempat mengadap Allah Taala tidak patut dijadikan platform salah guna kuasa dan tauliah mengajar hingga penyokong mana mana parti akan menolak dan mengasingkan diri dari menghadiri aktiviti di situ . Inilah perpecahan sebenarnya yang diingini oleh Hj Hadi. Beliau tidak kisah asalkan dapat meluaskan lagi pengaruh PAS hinggakan para kader kader telah digalakkan dan tidak dihalang dari menggunakan mimbar dan kuliah harian mereka seperti pentas politik.
Akibatnya, sembahyang sudah ada dua imam. Sudah hilang hormat dan perpaduan. Sedangkan permusuhan itu adalah dari hasutan syaitan dan sesiapa sahaja mengajar bermusuh dan membenci tentu tidak sedar sebenarnya dirinya telah dimasuki jarum suntikan syaitan laknatullahialaih…
Jika benar kerajaan sekadar bercakap seperti beliau, tentu tidak ada ustaz dan ustazah yang akan menjadi tonggak pengajar pendidikan Islam tersebut dan mengajar di sekolah sekolah semenanjung dan sabah dan sarawak.
Dan jika benar Hj Hadi dan partinya mahukan Islam., kenapa dipilih PKR yang membawa idea sumbang dengan agama dan digosipkan dengan yahudi dan Amerika dan DAP yang tidak BERBEZA dengan parti PAP di Singapura yang ingin menghapuskan ketuanan Melayu Islam di Malaysia ; sebagai rakan menjatuhkan UMNO / BN ???
Apakah PAS mahu dikenali sebagai pejuang keutuhan Melayu Islam dan bangsa Malaysia atau punca kepada keruntuhannya dalam sejarah negara Malaysia ???
Kenapa bersungguh benar ingin menjatuhkan Melayu Islam UMNO bawaan saudara sama bangsa dan agama ini walaupun terpaksa berpakat dengan mereka yang telah dibuang dari UMNO dan lawan tradisi UMNO iaitu DAP ?
kenapa ? dan kenapa ?
Jawapannya hanya satu ; kerana ada Islam palsu di antara kita sebenarnya !!!